KEMBARA SIBERTEKNOPOLIS

LARIAN MAYA IR4.0

Bersempena ulangtahun pertama penjenamaan Institut IR4.0 pada 1 Mac 2021, satu program larian maya kembara siberteknopolis akan diadakan bertujuan untuk memperkenalkan institut ini kepada semua pihak.

Institut IR4.0 (IIR4.0) pada awalnya ditubuhkan dari penjenamaan semula Institut Informatik Visual (IVI) pada bulan Mac 2020. Ia merupakan sebuah pusat kecemerlangan dalam Sains Komputer & ICT, yang mengintegrasikan banyak bidang lain seperti pendidikan, perubatan & kesihatan, kejuruteraan dan sosio-ekonomi untuk menjadikannya pusat kecemerlangan pelbagai disiplin yang telah terkenal di dalam dan luar negara.

LARIAN MAYA IR4.0

Larian maya IR4.0 ini adalah bertujuan untuk menggalakkan peserta menjalani aktiviti kecergasan sekaligus mendidik peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal dan pada masa yang sama dapat mempromosikan Institut IR4.0 kepada warga UKM mahupun pihak luar.

Sasaran Peserta: Larian Maya IR4.0 ini disasarkan kepada pelajar UKM, kakitangan, pesara serta Alumni UKM dan dibuka penyertaan kepada pihak luar.

Butiran program

Tempoh Pendaftaran : 13 Februari 2021 – 28 Februari 2021

Tempoh Larian : 1 Mac – 31 Mac 2021

Masa : Bebas

Tempat : Bebas

Kategori/Jarak : Bebas (5 peserta yang mengumpul jarak larian terjauh akan diumum sebagai pemenang)

Borang Pendaftaran

  1. Pendaftaran dibuka kepada semua. Manakala, yuran pendaftaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu
    Kategori Pilihan A Pilihan B
    Baju T & Sijil Digital Baju T & Sijil Digital dan Medal
    Tambahan bayaran RM 25
     Kategori 1  Pelajar UKM RM 35 RM 60
     Kategori 2  Staf/Pesara/Alumni UKM  RM 40 RM 65
     Kategori 3  Terbuka  RM 50 RM 75

     

  2. Pendaftaran larian maya IR4.0 ini akan dibuka  mulai 1 Februari 2021 – 28 Februari 2021.
  3. Peserta perlu melengkapkan pendaftaran melalui capaian borang Google atau QR Code yang disediakan. Maklumat penting seperti nama penuh, no. matrik/no. pekerja/no. kad pengenalan, nombor telefon untuk dihubungi, alamat tempat tinggal, emel dan saiz baju perlu diisi dalam borang tersebut.
  4. Bukti pembayaran juga perlu dimuatnaik pada borang pendaftaran. Sekiranya peserta ingin menarik diri, caj pentadbiran dikenakan sebanyak 10% daripada yuran penyertaan.
  5. Peserta adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan diri semasa aktiviti larian dijalankan.

Sebarang pertanyaan boleh email ke kembara@ukm.edu.my

  1. Peserta bebas untuk memilih masa, tempat dan jarak larian.
  2. Seramai lima (5) orang pemenang akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan jarak keseluruhan yang terkumpul sepanjang tempoh larian dijalankan. 
  3. Peserta perlu menghantar bukti larian melalui capaian yang disediakan. 
  4. Tempoh penghantaran bukti larian adalah mulai 31 Mac sehingga 5 April 2021.
  5. Peserta boleh merekod aktiviti larian menggunakan mana-mana aplikasi yang dimililki seperti Strava, Nike Run, Under Armour Run, Google Fit dan lain-lain aplikasi yang relevan.
Kategori Pilihan A Pilihan B
Baju T & Sijil Digital Baju T & Sijil Digital dan Medal
Tambahan bayaran RM 25
 Kategori 1  Pelajar UKM RM 35 RM 60
 Kategori 2  Staf/Pesara/Alumni UKM  RM 40 RM 65
 Kategori 3  Terbuka  RM 50 RM 75

Nama bank           :               CIMB Bank Berhad, Cawangan UKM Bangi, Selangor

Nama Akaun         :               Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia

No. Akaun Bank   :               800-2234-307

Perihal Bayaran   :               Kembara Siberteknopolis: Larian Maya IR4.0

** Pembayaran yuran penyertaan boleh dibuat terus ke akaun bank secara bank transfer menerusi perbankan internet dan bukti pembayaran perlu dimuatnaik semasa anda mengisi borang pendaftaran.

Penghantaran Pembuktian (Kembara Siberteknopolis Larian Maya IR4.0)

Hantarkan bukti larian anda yang telah selesai sepanjang 1 Mac - 31 Mac 2021

Rekod larian anda dengan menggunakan applikasi seperti (Run tracker, Run Keeper, Strava, Fitbit, Garmin, endomondo, Strava, Runkeeper, Nike + atau lain2).
Pastikan apps anda mempunyai rekod masa,tarikh & jarak
Screenshot dan hantar bukti larian anda
Terima kasih atas kerjasama anda 🙂

The name and photo associated with your Google account will be recorded when you upload files and submit this form.