Makmal Simulasi & Visualisasi (ICUBE)

Makmal Simulasi dan Visualisasi IVI menyediakan EON Icube, sebuah sistem simulasi mendalam yang menggunakan platform EON Virtual Reality. Sistem dan platform ini membolehkan pembangunan model 3D untuk kajian, pengajaran dan pembelajaran. Icube boleh disewa dengan harga yang berpatutan seperti berikut:

Kos untuk selain daripada pekerja UKM: RM550 sejam
Kos untuk pekerja UKM: RM450 sejam

Kajian yang sedang dijalankan di Makmal Simulasi dan Visualisasi IVI yang menggunakan EON Icube ialah pembangunan isi kandungan reality maya untuk latihan pembedahan katarak. Makmal ini juga menyediakan sebuah pencetak 3D dan 10 unit kit robot pembelajaran pengaturcaraan, PETS.